http://www.youtube.com/watch?v=3oFcCsiKcdk
Assalamualaikum and heyy peeps,tujuan Farah nk tnye jer pasal cerite ni "Istanbul Aku Datang".Korang rase best tak agak-agak?Confirm best right?Okay,jom tgk ape yg terjadi?:)
Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.
Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan
sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman
kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil
keputusan untuk berkahwin dengannya.
Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu
mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita,
segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang
difikirkan.
Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya
menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris
lakonan Beto.
Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik
bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang
kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris
yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.
Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan
memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya
sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan